Friday, August 14, 2009

AWARDS

*award yang aku sempat snap atas meja di office

This time aku nak share pasal awards yang aku terima kat office. Idok ler banyok mane pun award yang aku dapat tu, ade dua je sepanjang setahun dua bulan aku kerja kat organisasi yang sekarang ni.

Ok, setahun yang lalu aku terima award ni masa majlis jamuan meraikan mereka yang lahir dari Januari hingga Ogos. Dorang buat tema pakaian so that nampak meriah sket majlis tu. Dengan bertemakan
MERAH + HITAM + PUTIH pada petang itu, aku rotate je pakaian yang ada dalam almari baju aku ni. Memilih kemeja lengan panjang bercorak hitam dan putih dari TOPMAN dipadankan dengan seluar slack hitam, tali pinggang hitam dan juga kasut hitam ke pejabat pada hari tersebut, penampilan aku berjaya menarik perhatian juri untuk memilih aku sebagai antara pemenang "BEST DRESS" kategori lelaki.

Actually, aku tidaklah beriya nak melaram hari tu sebab bendanya dah ada lagipun buat kat office je plus aku baru masuk 3 bulan kerja disitu tapi dah rezeki aku kan, Alhamdulillah aku terima dengan gembira :)

Hampir setahun selepas aku terima award "BEST DRESS" tu, pada 30 Julai 2009 yang lalu aku telah diumumkan sebagai "BEST STAFF OF THE TEAM FOR JULY '09". Eventhough award ini sekadar di peringkat team tapi aku rasa bersyukur dan bangga menerimanya. Aku anggap ianya sebagai permulaan dan batu loncatan untuk aku berusaha dan menunjukkan segala hasil kerja dan komitmen yang tinggi agar dapat terima "BEST EMPLOYEE OF THE MONTH" untuk peringkat department pula nanti.

*tag yang aku terima untuk "Best Staff July '09" dikepilkan kat tepi meja.

Segala kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha yang kuat dan perkenan dari Yang Maha Esa. Aku belajar, untuk berjaya itu bukanlah satu perkara yang mudah. Dengan usaha kuat, restu dari kedua orang tua kita, doa dari orang sekeliling, berbuat baik sesama manusia dan berdoa kepada Allah s.w.t seterusnya bertawakal dan hati yang disertakan dengan nawaitu yang baik dan bersih, InsyaAllah kita akan berjaya.

Pelbagai cabaran dan dugaan bakal mendatang pada masa hadapan yang mana kita belum tahu bagaimana keadaannya nanti. Oleh yang demikian, aku ingin mengingatkan kalian yang membaca entry ini juga diri aku sendiri agar jangan sesekali alpa dengan kesenangan yang Allah berikan kerana sesungguhnya dunia ini hanya sementara. Sekali Allah s.w.t menyebut "kunfayakun" yang bererti "jadi maka jadilah ia"

Sampai disini entry untuk kali ini. Bila-bila free and ada cerita baru lagi nanti aku akan update dan share dengan kalian semua ye. Selamat berhujung minggu! :D

Thursday, August 13, 2009

BALIK TIME!!!

Ah~haa..kali ni aku saje nak story sket pasal "pe-el" kitorang time menunggu waktu balik kerja. Time pulang adalah sangat punctual ye pada kami semua kecuali pada kami punya Head of Section and Team Leader..yerlah kan orang berpangkat mestilah balik lewat dari anak buah,hihihih!!! :p

*Kak Zack + Acap + Mek Jue + Isey Miyaki.

Untuk pengetahuan kalian, setiap kali waktu kerja shif malam hampir tamat setidak-tidaknya 5 minit sebelum tiba waktu masing-masing dah berkumpul kat depan pintu untuk touch-card keluar. Keadaan ini hanya berlaku apabila kami bekerja shif petang dan pulang pada jam 10.30pm sebabnya bos-bos besar semua dah balik, hanya tinggal H.O.S ngan Team Leader je..dorang pun sampai dah tak terkata apa-apa tengok perangai kitorang yang camtu :D

Yang menarik disini ialah hanya aku sorang je yang boleh tahu dengan tepat waktu jam dinding tu makanya dorang asyiklah tanya aku, "acap,bape saat lagi?" hahahaha..camtulah perangai masing-masing.

*Thanks to the photographer, Masniza!

So, korang layanlah gambar-gambar yang aku sempat snap sementara tunggu detik-detik nak abis waktu bekerja kami ni ;)


*Tuan Noraini & Masniza sempat memberi pose sebelum balik.
(korang nampak tak jam kat dinding tu?? hahaha!)

Sunday, August 9, 2009

BAJU MELAYU FOR AIDIL FITRI 1430 HIJRAH

Hi guys..its been a while aku tak update my blog since the last entry kan? Ada yang mula bertanya khabar dan cerita-cerita baru tentang diri aku since mereka tak nampak any new entry posted in this blog. Well, alhamdulillah my life lately ni bagus-bagus belaka especially at my work place.I'm feeling glad and very thankful to Allah and my manager for giving me the opportunity that not everyone in the office get it. Not to tell you guys now until it is really confirm then I'll tell you ya?

So, as kalian can see the title for this entry tentang baju melayu for this coming Aidil Fitri. Semalam, around 2.45pm aku ada janji dengan tailor nak datang butik for ukur badan. This time, Baba yang belikan kain for baju melayu..never ye dia yang belikan kain sebelum ni! For the past years aku yang pi pilih kain kat kedai then baru hantar tempah but this time Baba yang belikan.

Aku hanya tahu warna kain tu je (yellow) without melihat sendiri dengan mata aku jenis material kain tersebut. For those who know me very well, mereka tahu that I'm too fussy about benda-benda ni that's why aku sendiri yang pi beli kain for every years untuk adik-adik aku sekali. So semalam seperti yang dijanjikan (actually janji 2.30pm tapi lewat jadi 2.45pm sebab Aizat) aku dengan Aizat pun pegilah ke butik tu located at Wisma PKPS opposite Grand Bluewave Shah Alam.

Mula-mula Aizat pi ukur badan and serahkan kain yang dia beli early of this year kat Bandung masa pi bercuti dengan Banod and Am dulu..cantik yer kain dia, kaler pink campur purple but still masih nampak pink. Kain dia macam ala-ala Thai Silk gitu so it's very nice, tak sabar nak tengok Aizat pakai for hari raya nanti :) Tailor tu ada suggest kat Aizat nak buatkan new touch di bahagian leher + hujung tangan + poket so it will give a lil bit different.

Lepas Aizat dah settle discuss tentang baju melayu tu, turn aku pula untuk ukur badan since kain dah ada kat butik tu. Aku ada bagi tahu kat tailor tu yang ini merupakan tahun ke-3 aku tempah baju melayu kat situ. Before this aku tempah kat tailor lain tapi agak "kureng sket" sebabnya bila di bentangkan nampak semua lurus je, akan tetapi bila aku pakai poket yang di bahagian dada tu jadi senget ke bawah and hujung baju dia bahagian depan dan belakang nampak terjongket. Maybe orang lain bila baju dah siap terus je pakai asalkan nampak rupa baju melayu kan? dan korang mesti kata aku teliti bab-bab ni..Yes, I admit that I'm too fussy when it comes about baju melayu.

So tailor tu explain lah dengan perkataan-perkataan "seni jahitan" ni which I couldn't totally understand but yet still bole tangkapla apa yang dia cuba sampaikan tu. Hahaha..sangat peramah ye tailor tu :)

Bila dah siap ukur badan sume, aku tanyalah if ada sample kain yang ayah aku dah belikan tu. Cari punya cari, akhirnya jumpalah kain yang untuk adik aku. Uhh, material dia biasa-biasa je..aku kata dalam hati "camne nak raya pakai baju ni?" hahahahha...boleh aku pikir camtu? Sangat memilih ye pastu bukan nak bersyukur dapat baju melayu free. Teruklah aku ni! :p

Aku ada nampak kain-kain yang dijual kat butik tu and ada juga yang aku berkenan so aku tanyalah tailor tu, kain ni sesuai tak if nak buat baju melayu johor? Dia jawab, kain-kain tu hanya untuk buat baju sahaja sebab hanya 2 meter..harga 2 meter dah rm 100+ ye, telan air liur je aku bila dengar..tidaklah aku gigih nak berabih duit sampai camtu kan??

Makanya, aku cakap kat dia yang aku nak hantar lagi satu kain dan boleh tak dia terima lagi? Dia jawab boleh. So aku tanpa membuang masa terus ke SACC Mall yang terletak hanya selang satu bangunan je dari Wisma PKPS tu and menuju kat Euro Moda.

Lama gak la aku dok memilih dalam tu. Yerlah kan, macam-macam faktor yang perlu difikirkan dalam memilih kain ni plus aku plan nak cari kain untuk buat the first baju melayu johor for me. So instead of the price, fabrik kain juga aku perlu pilih yang sesuai untuk buat baju melayu johor ni..jenis kain terkini lagi. Pusing punya pusing, pilih punya pilih akhirnya mata aku tetap berkenan dengan the first yang aku tengok kat situ. Never had a blue terqouise baju melayu ever so i decided to just "pejam mata and bayar for 4.5 meter's kain tu" which it cost rm 28 permeter! OMG, gila ke aku ni nak over budget?! Tapi as I said just now, aku buat pekak je bisikan-bisikan yang terngiang-ngiang di kepala time tu. At last aku keluar dari Euro Moda dengan senyuman dan hati yang puas!!! :D

Terus menuju ke butik untuk menghantar kain tersebut. And now I couldn't wait for another 2 weeks untuk baju-baju tersebut siap especially my first baju melayu johor blue terqouise, hihihi!!! ;))

Ok, that's all for now. Nanti if ada free time lagi, aku update story baru di sini yer? To those who always visit my newly born blog ni, thank you very much ya! *Sorry sebab entry kali ni tiada sekeping gambar pun yang di upload di sini kerana aku tidak lah segigih itu untuk meng"snap" each and every movement especially bila time nak bergerak pantas sepertimana dalam entry kali ni.

Wish all of you "Have a pleasant day ahead ya!"

Daaa!~~