Tuesday, July 28, 2009

ALLAHYARHAMAH YASMIN AHMAD

*Kali kedua bertemu arwah Yasmin Ahmad di Anugerah Skrin 2008 ketika beliau memenangi kategori Pengarah Filem Terbaik di PWTC, hujung tahun 2008.

Tanggal 25 Julai 2009, Yasmin Ahmad telah kembali ke rahmatullah setelah koma selama 3 hari. Pemergian arwah telah mengejutkan rakyat Malaysia terutama mereka yang meminati hasil karya arwah Yasmin menerusi filem dan iklan komersil televisyen.

Sekadar sorotan kejadian, Yasmin Ahmad pada mulanya terlibat dalam perbincangan dengan pihak Media Prima di Sri Pentas TV3. Turut sama dalam sesi perbincangan dan pembentangan idea itu ialah suami beliau serta Datin Seri Siti Nurhaliza yang ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Datuk Seri Farid Ridzuan dan juga Puan Farisha. Menurut Datin Seri Siti Nurhaliza, Yasmin Ahmad secara tiba-tiba mengadu tidak sihat lalu menekup muka nya ke meja. Pada mulanya mereka sangkakan Yasmin tidak apa-apa kemudiannya mulai risau kerana setelah beberapa saat didapati keadaan Yasmin membimbangkan tanpa denyutan nadi lantas Doktor Residen TV3 melakukan CPR dan dibantu oleh Datin Seri Siti Nurhaliza yang juga bekas Duta Bulan Sabit Merah. Yasmin kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Telah menjadi ketentuan Illahi, jodoh-pertemuan ajal-maut adalah urusan-Nya. Yasmin telah dipanggil untuk menghadap Allah s.w.t pada malam Sabtu yang lalu. Berita ini sesungguhnya mengejutkan ramai pihak kerana negara kita telah kehilangan seorang lagi insan seni yang begitu berbakat dalam menghasilkan karya-karya filem yang berkualiti tinggi. Hasil-hasil karya arwah Yasmin telah banyak menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa menerusi majlis-majlis penganugerahan seperti di Tokyo, Jepun.

Saya secara peribadi amat meminati Yasmin Ahmad dan filem-filem arahan beliau seperti SEPET, MUKHSIN dan TALENTIME. Filem-filem ini punyai banyak perbezaan dan keunikan jika dibandingkan dengan filem-filem tempatan yang lain. Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah apabila ke semua filem-filem arahan beliau berjaya mengutip keuntungan yang tinggi dan disini saya ingin katakan, "sorry to say, I only watched Yasmin's film and PGL"..Bukan tidak mahu menyokong industri filem tempatan tapi pengarah dan penerbit filem tempatan ini perlulah menghasilkan sesuatu yang bermutu tinggi setanding dengan filem-filem dari luar negara, itu hakikat yang perlu diterima oleh mereka.

*Gambar pertama kami bertemu arwah Yasmin Ahmad semasa pementasan muzikal arahan beliau yang bertajuk "ALIH PUNGGONG"di KLPac tahun 2007...sangat menarik!!!!!!

Kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad, semoga kau aman bersemadi dan ditempatkan bersama-sama golongan mereka yang beriman,Aminnnn...

AL-FATIHAH....

Friday, July 17, 2009

PICTURES OF US

Salam kepada semua...Untuk entry kali ni, aku nak cite pasal gambar. Gambar yang aku nak cite nia ada beberapa persamaan dari segi lokasi dan model untuk gambar ni *pengsan 3 saat :p

Actually aku baru perasan yang gambar-gambar ni ada ciri-ciri persamaan so aku decide nak publish untuk dikongsi dengan kalian, sekadar suka-suka sahaja.

Ok, aku mulakan dengan gambar diatas (Aizat + Ashraf). Baru-baru ni ada satu lagi gambar di lokasi yang sama plus model yang sama :p Yang berbeza ialah pakaian, pose dan tukar tempat kiri kanan je.

Konsep tetap sama (smart casual)

Gambar ni diambil secara candid time aku tengah on the phone with someone which i couldn't remember whom. Baju plak kitorang beli sama-sama kat TOPMAN Sunway Pyramid warna je yang lain..ade dalam entry "AN EVENING WITH" .Tak kisahla ape pun kan..janji pic ni nampak nice ;)

So now kita lihat pula gambar seterusnya between me and Peet (suke picit-picit lengan dak Peet ni sebab gebu yer!)

Gambar diatas diambil di salah Restoran Santai, Section 11 Shah Alam. Aku suke gambar ni sebab both of us pakai warna baju yang sama with a cap yang dibeli dengan design and colour yang sama. Tak plan pon nak pakai sama colour ngan dak Peet ni. Tetibe lak dia turun dari rumah dengan colour yang sama ngan aku..tiada isu siapa tiru siapa or pakat nak pakai sama colour yer. Gitulah naluri mok-mok :p

Again kami bergambar di restoran. Umpama restoran dan Peet tidak dapat dipisahkan (jangan marah moy) Gambar ni diambil pada awal July 2009 aritu time aku + Peet + Aizat + Banod + Ariff keluar makan setelah menahan lapar dirumah yang tiada apa-apa untuk dimakan pada hari tersebut (boleh camtu?) ahahahaha!!!! :D Actually gambar ni candid oleh Aizat time kitorang sedang borak-borak tapi Peet tetap nak pose yer! Nasib baik pose candid aku O.K..kalo tak O.K haruslah aku tidak upload disini yer..bikin malu sendiri sajor kannnn!

Hehehe...itu jelah untuk entry kali ni. Sekadar berkongsi cerita and idea dari aku untuk kalian semua. To Aizat and Peet, thanks for being such a great buddies! Tiada perkataan yang dapat describe how i appreciate both of you...(tetibe teremosi lak) Tak kisahlah nak teremosi ke terfeeling ke terkangkang ke haper ke, janji aku tak kaco orang kan?! Lagipun ni blog aku so.............? ahahaha, lu fikirlah sendiri!

Jumpa lagi di entry seterusnya....daaaa!~~~

Sunday, July 12, 2009

A SHORT VISIT WITH A LITTLE UPDATE

Hey there! Dah a few days aku tak update blog ni, kang ni ade plak yang kate blog aku ni dah bersawang kannn?! hehehe

Actually takde pape story baru pun. Sepanjang minggu lepas life aku ok-ok je, pegi keje pepagi sampai ofis jam 6.45am and balik keje jam 3.00pm pastu sampai umah terus salin baju sume then tido sampai malam..bangun kejap untuk solat + dinner + iron baju keje + check f.b, m.s, blog aku ni then tido semula :p

Cuma ari rabu lepas pegi tengok wayang dengan Aizat and Peet cite Transformer. Sebenarnya aku tidaklah minat cite-cite camni tapi si Aizat beriyer-iyer ajak join dia ngan Peet nonton di TGV Jusco Bukit Raja yang jarak untuk sampai ke sana hanya 5 minit dari umah aku ni (kalo tak jem). Ternyata tidak rugi aku join dorang nonton cite ni. Even duration tayangan dia agak lama tapi kami yang menonton tak terasa pun waktu yang berlalu sebab jalan cerita yang sangat best (even ada part-part yang tak logik-dah nama pun cite yang diadaptasi dari cite animasi) tiada part yang slow atau membosankan aku. Aku beri 4 3/4 bintang untuk filem Tranformer ni! *pasni nak tengok filem Harry Potter lak!

So, as today (Saturday) aku kena o.t 7 jam sebab kerja-kerja sangat banyak. Maka dengan itu terbatallah plan group kitorang untuk pegi mandi-manda di Sungai Congkak beramai-ramai :( Takpe, ayat nak pujuk hati sendiri --> "sabar je..buat je o.t ni nanti dapat gaji bulan 8 ni bleh buat duit belanja untuk persiapan hari raya!" Pas dah abis o.t dalam kul 3 lebih tu, aku terus memandu ke arah k.l..plan di hati samada aku gi sengsorang lunch di Midvel (sebab kawan-kawan yang lain dah ada plan sendiri) or balik umah nenek aku kat gombak. Allah itu Maha Berkuasa, jalan nak ke midvel jem panjang so aku decide takmo lah gigih sangat nak masuk jugak ke situ. nak cari parking bagai. Aku teruskan je masuk federal highway heading to nenek's house. Dapatlah visit nenek sembang-sembang + makan malam sama-sama nenek and Acu and also sempatlah juga temankan acu pegi Jusco untuk beli handbag, hehehe! :D

Esok pulak (Ahad) aku ada 1 jemputan kawin dari Kak Lia (one of the best officer kat office aku) kat Selayang, jalan ke arah Ulu Yam...dah janji dengan member-member nak gerak sama ke umah pengantin. Hope semua berjalan lancar. Pas dah abis attend wedding sok, aku tiada pape plan lagi.

Oleh yang demikian, tamatlah coretan pendek dari aku untuk kali ni. Nanti if ade pape cite menarik lagi, insyaAllah aku akan update disini k?! ;)

Daaaa!!~

Saturday, July 4, 2009

LELAKI INI ANUAR ZAIN MEMANG "SUPERB"

Anuar Zain..yer Lelaki Ini yang telah berjaya dalam konsert solo pertamanya di Malaysia. Buat pertama kalinya, Anuar Zain telah mengadakan Konsert Lelaki Ini Anuar Zain yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya.

Buat kali kedua dalam masa seminggu selepas menonton persembahan konsert SATU dari Dato Siti, sekali lagi aku ke sana untuk menyaksikan konsert artis kegemaran aku yang sorang lagi ni. For those who know me very well, they know how I admire Anuar Zain's songs and his appearance. He is a humble and down to earth person, selalu je lepak kat mamak area Shah Alam with his friends. Tak memilih tempat untuk lepak ni and so do his sister, Ziana Zain yang selalu ke saloon di Kompleks PKNS Shah Alam, maybe sebab dah biasa ke situ since sebelum famous lagi kan.

Aku ada satu pengalaman dengan Anuar Zain ni, time lepak kat restoran seksyen 9 dengan classmate diploma dulu dia pun ada kat situ jugak dengan member-member dia yang lain. Then masa dia lalu kat tepi meja kitorang ni, my friend Syafiq terus sapa untuk mintak autograph bagi pihak aku sebab kalo tunggu aku yang cakap memang tidaklah yer..melepas peluang! Nasib baik ade dak Syafiq ni, dapatlah aku autograph and bersalam dengan dia..berdiri pun sama tinggi,hehehe...ingatkan dia tinggi sebab tengok dalam majalah and tv nampak camtu..ternyata salah sama sekali.

Orait, enough with that..Aku ke Istana Budaya dengan Banod. Memula aku plan nak gerak dalam kul 6pm tapi Banod cakap kena sampai umah dia before 6pm sebab jalan jem,yelah konsert tu berlangsung pada hari bekerja so faham-faham jelah jalan-jalan di K.L ni camne kan waktu tu? So aku decide kuarlah awal 1/2 jam which is 5.30pm..tapi biasalah, plan je nak kuar waktu tu tapi last-last 5.45pm jugak aku kuar (bersiap bagai) lupe lak nak bagiitahu kat korang yang aku purposely amik A.L aritu, then singgah plak isi minyak and cucuk duit dulu (sebab nak bayar duit tiket kat Joe)..then singgah lagi kat umah si dak Ujee ni konon-konon nak pinjamla jaket yang dia baru beli tu tapi hempeh sebab besar yer, lengan jaket tu terjulur-julur ke bawah so tidak lah jadi aku pinjam..papepun thanks kat dak Ujee sebab sudi nak bagi pinjam *hiks!...disini secara tidak langsung terpecahlah rahsia yang aku banyak menyinggah dulu before ke umah Banod (sorry, saje cover line)

Jalan di federal highway memanglah jem tapi tidak lah sesesak mana pon..kereta masih bergerak agak lancar sehingga area KWSP dekat ngan pintu gerbang DARUL EHSAN tu jem sket sampai kat exit umah Banod. Aku dah sms Banod yang aku dah nak sampai, so dia dah setia menunggu di tepi jalan bergaya dengan baju barunya yang belum pernah dipakai ke mana-mana event lagi tu (beli kat Bandung katernyer) Pas dah fetch Banod, kitorang terus ke Istana Budaya melalui jalan Masjid Negara terus ke jalan PWTC tu and teruslah sampai ke Jalan Tun Razak. Elok je kitorang masuk exit tu ada sorang pak guard India ni bagi je kitorang parking kat tepi jalan tu, Alhamdulillah senang kerja aku tak yah susah-susah nak pusing Istana Budaya sampai ke Balai Seni Lukis tu untuk cari parking :)

Around 7.30pm camtu kitorang dah ada dalam I.B. Sempatlah snap-snap gambar dulu pose-pose cantek kat poster Anuar Zain,hehehe! Since waktu maghrib pun dah masuk, aku teruslah ke surau untuk menunaikan kewajipan dulu..lebih mudah sebab air wuduk dah ada dari umah tadi..masih ada. Dalam 8.15pm camtu Fendi pun sampai, dia ada beli cd karaoke lagu-lagu terbaru yang dimuatkan dalam album Lelaki Ini tu..wahhh, kelesss! pasni leh nyanyi kat umah je kan?! *hiks lagi :p Joe + Fik + Aidil tiba dekat jam 8.30pm juga so kitorang terus ke upper level untuk masuk ke dalam Panggung Sari. Kali ni dapat seat tengah,best!!!



Dalam 8.45pm macam tu Anuar Zain muncul dari bawah pentas naik ke atas, kelessss! Sesuai dengan Istana Budaya yang bertaraf dunia ni kan! Mendendangkan lagu-lagu popularnya sebagai opening, aku tetiba agak teremosi seketika mendengarkan suara Anuar Zain mendendangkan lagu-lagu tersebut. Dont ask me why i'm getting emotional during that time, aku pun tak tahu kenapa..


Konsert Anuar Zain berbeza dengan konsert Dato Siti. Masing-masing ada konsep persembahan tersendiri. Jika di konsert SATU tempoh hari, pentas kosong di penuhi oleh penari-penari Dato Siti, kali ini kiri dan kanan pentas dipenuhi dengan Okestra Simfoni Kebangsaan dan di tengah-tengah ruang untuk laluan Anuar Zain berjalan dan bergerak. Sebaik Anuar muncul di atas pentas, peminat mula bertepuk tangan menjerit-jerit...arrgghhh giler peminat A.Z ni! tapi aku enjoy sangat menonton konsert yang macam ni...kita boleh nyanyi sama-sama A.Z, mendengar jeritan-jeritan dari peminat yang bagai nak gila tu..hahahaha! A.Z lak sangat sporting layan je jeritan peminat dia tu.

Ada a few girls ni menjerit-jerit "Anuar, will you marry me?" OMG..sesungguhnya zaman telah berubah yer...dan dengan selamba A.Z jawab, "esok datang rumah jumpa mak ayah saya bawak hantaran rm2k je, tak mahal pun mak saya mintak" Satu dewan gelak dengan jawapan A.Z tu! Lepas A.Z mendendangkan beberapa buah lagu, dia minta break kejap nak minum air kat tepi pentas tu, ada satu meja bulat dan air mineral disediakan khas untuk A.Z minum. Time dia nak minum pun peminat-peminat pompuan ni terjerit-jerit, aku pun tak faham kenapa? Sempatlah A.Z berseloroh, dia tanya "nak ke?" peminat jawab "nakkkkk!!" pastu dia tanya lagi "gelas ni nak ke?" then peminat jawab "nakkkkk!!" pastu yang tak bleh blah A.Z tanya "tutup botol ni nak jugak ke?" itupun peminat dia kata "nak jugakkkk!!" Haiyoooo...pendek kata apa saja yang A.Z pegang, sume dorang nak!

Persembahan A.Z diteruskan dengan lagu-lagu seperti "MUNGIN", "BILA RESAH", KAIN PELIKAT", "KEABADIAN CINTA" dan satu segmen khas untuk menghargai artis senior seperti arwah Zubir Ali, Ibnor Riza, Sohaimi Mior Hassan dan Gingerbread. Sesungguhnya alunan suara A.Z yang diiringi muzik dari Okestra Simfoni Kebangsaan sangat hebat! Layan dengar lagu-lagu ni.



Selingan lagi, ketika break minum air lagi A.Z mengesat peluh dengan tuala kecil yang disediakan..dia baru lap-lap kat muka, peminat dah terjerit-jerit..pastu dia lap-lap kat leher, makin menjadi-jadi lak jeritan peminat fanatik A.Z ni..pastu dia saje je lap-lap kat bawah ketiak, perrrghhh...terjerit-jerit la lagi peminat pompuan ni. Then A.Z acah-acah la nak baling tuala tu ke peminat, saje main-main last-last dia letak atas bahu and teruskan menyanyi sebuah lagu lagi. Pas dah abis lagu tu, sambil berjalan minta diri untuk salin baju A.Z sempat melontarkan tuala kecil tu ke arah peminat....Haiyoooo, berebut ye orang nak amik. Cuba kalo kita punya tuala peluh dibaling macam tu, harus tak de sape yang amik silap-silap kena sound sebab buang sampah merata-rata,kannnnn?!!! Itulah penangan A.Z....


Di akhir persembahan yang berlangsung selama 2 1/2 jam tu, A.Z menyanyikan lagu LELAKI INI dan diakhiri dengan lagu PERPISAHAN. Persembahan hebat lagi bertenaga yang berjaya memukau ribuan peminat A.Z pada malam itu mendapat sorakan dan standing ovation dari kesemua penonton. Turut hadir menyaksikan konsert A.Z pada 2 Julai lalu ialah Dato Siti Nurhaliza, Dynas Mokhtar, Umi Aida, Zahida Rafik, Fazli Zainal dan Ifa Raziah.


Secara peribadi, aku amat berpuas hati dengan konsert LELAKI INI ANUAR ZAIN ini. Hope A.Z dapat buat lagi konsert yang sebegini pada masa depan. Syabas Anuar Zain!