Saturday, July 4, 2009

LELAKI INI ANUAR ZAIN MEMANG "SUPERB"

Anuar Zain..yer Lelaki Ini yang telah berjaya dalam konsert solo pertamanya di Malaysia. Buat pertama kalinya, Anuar Zain telah mengadakan Konsert Lelaki Ini Anuar Zain yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya.

Buat kali kedua dalam masa seminggu selepas menonton persembahan konsert SATU dari Dato Siti, sekali lagi aku ke sana untuk menyaksikan konsert artis kegemaran aku yang sorang lagi ni. For those who know me very well, they know how I admire Anuar Zain's songs and his appearance. He is a humble and down to earth person, selalu je lepak kat mamak area Shah Alam with his friends. Tak memilih tempat untuk lepak ni and so do his sister, Ziana Zain yang selalu ke saloon di Kompleks PKNS Shah Alam, maybe sebab dah biasa ke situ since sebelum famous lagi kan.

Aku ada satu pengalaman dengan Anuar Zain ni, time lepak kat restoran seksyen 9 dengan classmate diploma dulu dia pun ada kat situ jugak dengan member-member dia yang lain. Then masa dia lalu kat tepi meja kitorang ni, my friend Syafiq terus sapa untuk mintak autograph bagi pihak aku sebab kalo tunggu aku yang cakap memang tidaklah yer..melepas peluang! Nasib baik ade dak Syafiq ni, dapatlah aku autograph and bersalam dengan dia..berdiri pun sama tinggi,hehehe...ingatkan dia tinggi sebab tengok dalam majalah and tv nampak camtu..ternyata salah sama sekali.

Orait, enough with that..Aku ke Istana Budaya dengan Banod. Memula aku plan nak gerak dalam kul 6pm tapi Banod cakap kena sampai umah dia before 6pm sebab jalan jem,yelah konsert tu berlangsung pada hari bekerja so faham-faham jelah jalan-jalan di K.L ni camne kan waktu tu? So aku decide kuarlah awal 1/2 jam which is 5.30pm..tapi biasalah, plan je nak kuar waktu tu tapi last-last 5.45pm jugak aku kuar (bersiap bagai) lupe lak nak bagiitahu kat korang yang aku purposely amik A.L aritu, then singgah plak isi minyak and cucuk duit dulu (sebab nak bayar duit tiket kat Joe)..then singgah lagi kat umah si dak Ujee ni konon-konon nak pinjamla jaket yang dia baru beli tu tapi hempeh sebab besar yer, lengan jaket tu terjulur-julur ke bawah so tidak lah jadi aku pinjam..papepun thanks kat dak Ujee sebab sudi nak bagi pinjam *hiks!...disini secara tidak langsung terpecahlah rahsia yang aku banyak menyinggah dulu before ke umah Banod (sorry, saje cover line)

Jalan di federal highway memanglah jem tapi tidak lah sesesak mana pon..kereta masih bergerak agak lancar sehingga area KWSP dekat ngan pintu gerbang DARUL EHSAN tu jem sket sampai kat exit umah Banod. Aku dah sms Banod yang aku dah nak sampai, so dia dah setia menunggu di tepi jalan bergaya dengan baju barunya yang belum pernah dipakai ke mana-mana event lagi tu (beli kat Bandung katernyer) Pas dah fetch Banod, kitorang terus ke Istana Budaya melalui jalan Masjid Negara terus ke jalan PWTC tu and teruslah sampai ke Jalan Tun Razak. Elok je kitorang masuk exit tu ada sorang pak guard India ni bagi je kitorang parking kat tepi jalan tu, Alhamdulillah senang kerja aku tak yah susah-susah nak pusing Istana Budaya sampai ke Balai Seni Lukis tu untuk cari parking :)

Around 7.30pm camtu kitorang dah ada dalam I.B. Sempatlah snap-snap gambar dulu pose-pose cantek kat poster Anuar Zain,hehehe! Since waktu maghrib pun dah masuk, aku teruslah ke surau untuk menunaikan kewajipan dulu..lebih mudah sebab air wuduk dah ada dari umah tadi..masih ada. Dalam 8.15pm camtu Fendi pun sampai, dia ada beli cd karaoke lagu-lagu terbaru yang dimuatkan dalam album Lelaki Ini tu..wahhh, kelesss! pasni leh nyanyi kat umah je kan?! *hiks lagi :p Joe + Fik + Aidil tiba dekat jam 8.30pm juga so kitorang terus ke upper level untuk masuk ke dalam Panggung Sari. Kali ni dapat seat tengah,best!!!



Dalam 8.45pm macam tu Anuar Zain muncul dari bawah pentas naik ke atas, kelessss! Sesuai dengan Istana Budaya yang bertaraf dunia ni kan! Mendendangkan lagu-lagu popularnya sebagai opening, aku tetiba agak teremosi seketika mendengarkan suara Anuar Zain mendendangkan lagu-lagu tersebut. Dont ask me why i'm getting emotional during that time, aku pun tak tahu kenapa..


Konsert Anuar Zain berbeza dengan konsert Dato Siti. Masing-masing ada konsep persembahan tersendiri. Jika di konsert SATU tempoh hari, pentas kosong di penuhi oleh penari-penari Dato Siti, kali ini kiri dan kanan pentas dipenuhi dengan Okestra Simfoni Kebangsaan dan di tengah-tengah ruang untuk laluan Anuar Zain berjalan dan bergerak. Sebaik Anuar muncul di atas pentas, peminat mula bertepuk tangan menjerit-jerit...arrgghhh giler peminat A.Z ni! tapi aku enjoy sangat menonton konsert yang macam ni...kita boleh nyanyi sama-sama A.Z, mendengar jeritan-jeritan dari peminat yang bagai nak gila tu..hahahaha! A.Z lak sangat sporting layan je jeritan peminat dia tu.

Ada a few girls ni menjerit-jerit "Anuar, will you marry me?" OMG..sesungguhnya zaman telah berubah yer...dan dengan selamba A.Z jawab, "esok datang rumah jumpa mak ayah saya bawak hantaran rm2k je, tak mahal pun mak saya mintak" Satu dewan gelak dengan jawapan A.Z tu! Lepas A.Z mendendangkan beberapa buah lagu, dia minta break kejap nak minum air kat tepi pentas tu, ada satu meja bulat dan air mineral disediakan khas untuk A.Z minum. Time dia nak minum pun peminat-peminat pompuan ni terjerit-jerit, aku pun tak faham kenapa? Sempatlah A.Z berseloroh, dia tanya "nak ke?" peminat jawab "nakkkkk!!" pastu dia tanya lagi "gelas ni nak ke?" then peminat jawab "nakkkkk!!" pastu yang tak bleh blah A.Z tanya "tutup botol ni nak jugak ke?" itupun peminat dia kata "nak jugakkkk!!" Haiyoooo...pendek kata apa saja yang A.Z pegang, sume dorang nak!

Persembahan A.Z diteruskan dengan lagu-lagu seperti "MUNGIN", "BILA RESAH", KAIN PELIKAT", "KEABADIAN CINTA" dan satu segmen khas untuk menghargai artis senior seperti arwah Zubir Ali, Ibnor Riza, Sohaimi Mior Hassan dan Gingerbread. Sesungguhnya alunan suara A.Z yang diiringi muzik dari Okestra Simfoni Kebangsaan sangat hebat! Layan dengar lagu-lagu ni.



Selingan lagi, ketika break minum air lagi A.Z mengesat peluh dengan tuala kecil yang disediakan..dia baru lap-lap kat muka, peminat dah terjerit-jerit..pastu dia lap-lap kat leher, makin menjadi-jadi lak jeritan peminat fanatik A.Z ni..pastu dia saje je lap-lap kat bawah ketiak, perrrghhh...terjerit-jerit la lagi peminat pompuan ni. Then A.Z acah-acah la nak baling tuala tu ke peminat, saje main-main last-last dia letak atas bahu and teruskan menyanyi sebuah lagu lagi. Pas dah abis lagu tu, sambil berjalan minta diri untuk salin baju A.Z sempat melontarkan tuala kecil tu ke arah peminat....Haiyoooo, berebut ye orang nak amik. Cuba kalo kita punya tuala peluh dibaling macam tu, harus tak de sape yang amik silap-silap kena sound sebab buang sampah merata-rata,kannnnn?!!! Itulah penangan A.Z....


Di akhir persembahan yang berlangsung selama 2 1/2 jam tu, A.Z menyanyikan lagu LELAKI INI dan diakhiri dengan lagu PERPISAHAN. Persembahan hebat lagi bertenaga yang berjaya memukau ribuan peminat A.Z pada malam itu mendapat sorakan dan standing ovation dari kesemua penonton. Turut hadir menyaksikan konsert A.Z pada 2 Julai lalu ialah Dato Siti Nurhaliza, Dynas Mokhtar, Umi Aida, Zahida Rafik, Fazli Zainal dan Ifa Raziah.


Secara peribadi, aku amat berpuas hati dengan konsert LELAKI INI ANUAR ZAIN ini. Hope A.Z dapat buat lagi konsert yang sebegini pada masa depan. Syabas Anuar Zain!

1 comment:

  1. honestly jeles beb hahaha...
    ko xder ambik pic ngn dye plak
    :p

    ReplyDelete