Thursday, August 12, 2010

KE MANA KAMI LEPAS TERAWIH MALAM KE-3?

Aku baru balik dari terawih kat Masjid Negeri Selangor dengan Dak Ujee and Dak Pit. Dua malam sebelum ni aku gi solat ngan Dak Ujee je tapi today since Dak Pit cuti maka nya dia join gi terawih sesama kitorang. Malam ni pak imam dari Madinah lead terawih kat Masjid Negeri, cepat gak abisnye.


Pas selesai solat, kitorang gi lepak kat Restoran Syedina Sec 9 sebab Dak Ujee nak tapau nasi goreng untuk makan waktu sahur nanti. Kejap je kitorang lepak situ tadi, borak lite2 sambil tengok tv 3 cite "Roh" yang dah berkali-kali aku tengok tapi tak faham-faham jugak. Aku kalo tengok pape cite either kat tv or cinema, memang tak suke cite yang berat-berat yang kena perah otak nak fikir macam-macam ni, biarlah cite tu santai je gelak-gelak ke, teenage love story ke janji tak berat aku nak fikir sebabnya pada aku time aku nonton tv or gi cinema ialah masanya untuk aku relaxkan otak. Dalam banyak-banyak movie yang aku dah tengok, cite yang paling best aku suke dan ingat sampai skang is "The Proposal" lakonan Sandra Bullock. Memang berkonsepkan romantic comedy best ah!

Dah melencong plak topik aku ni. Asalnye nak karang pendek-pendek je. Oklah uols, nak tido dulu. Kang nak bangun sahur plak. Good night dan selamat bersahur! :)

MINGGU PERTAMA RAMADHAN

Assalamualaikum....hari ni masuk hari ke dua umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan. Hari semalam berlalu dengan baik, cuma aku terasa panas dek kerana keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni. Kerja aku semalam ialah bermalas-malasan saje di rumah, online FB, tengok cite Alissa pastu sambung plak cite Thailand and then sambung sikit cite Melayu...sambil2 nonton tv aku bersms dengan ex-officemate, Jue. Bila dia tau yang aku dok layan cite2 ni, dia kata aku macam mak-mak plak, hahahahaha!!!



Tentang terawih plak, so far Alhamdulillah dua malam pertama ni aku buat jugak even 8 rakaat + 3 rakaat witir daripada aku tak buat langsung kan? Actually malam tadi aku tak berapa sedap badan, pening2 kepala berdenyut2 ngan gigi plak tengah tumbuh. Umur dah 27++ ni pun ade gak gigi yang baru nak tumbuh? huhuhu, rezeki Allah tu :)


Aku ingat hari ni nak pegi ke tailor hantar kain buat baju melayu. Kainnye aku dah beli kelmarin. Warnanya kali ini ialah mengikut warna bumi. Kita tunggu raya nanti ek, hihihihi! Mmmm, lupe nak cakap, mama skang ade kat rumah kampung jaga nenek since pembantu rumah nenek yang baru lom sampai lagi. Jadi kami terpaksalah menyiapkan sahur dan juadah berbuka sendiri, huhu...sedih!


Oklah, stop dulu kat sini. InsyaAllah ada masa nanti aku bukak entry baru. Ni aku tengah dok baring2 atas katil berselimut comforter bagai pasang aircond dan belum mandi lagi :P
Kepada pembaca BLOG ESH ni, aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh penghayatan erti puasa sebenar dan rebutlah segala ganjaran yang Allah tawarkan kepada kita sepanjang bulan yang mulia ini. Jumpa lagi :)

Tuesday, August 10, 2010

BULAN MEI 2010

Salam to all. Seriously ni yg paling lama aku tak jenguk blog. Pejam celik - pejam celik dah setahun lebih usia BLOG ESH ni. Almost 5 month aku tak update pape cite kat sini sedangkan banyak sangat peristiwa suka duka jatuh bangun aku sepanjang 5 bulan lepas.


Seperti yang aku bgtau korg dalam entry yang lepas, aku dah grad dalam Bachelor Business Administration (Hons) Human Resource Management sehari sebelum birthday aku. Yang meriahnye, aku naik stage terima scroll sama hari dan sidang dengan adik aku, Wan yang grad dalam Bachelor Business Administration (Hons) Transport. So itu ialah hari yang membahagiakan untuk aku sekeluarga.


Lepas majlis konvokesyen tu, our beloved Baba celebrate us kat Hotel UiTM bersama kawan2 dan keluarga yg dtg hari tu. Yg suprise nye, Baba belikan cake birthday untuk aku. Tgh syok borak2 kat meja makan, tetibe waitress datang dari belakang then letakkan cake depan aku...time tu aku macam ternganga, nak tanye sape yg order cake lagi ni?? then suddenly sume2 yang ade time tu nyanyikan lagu "Happy Birthday to You" hahaha......it was so unforgetable memory for me!


Lain2 cite lg sepjg bulan Mei lepas was Kak Ema's Engagement and Aida's Wedding. Both of them are very close dengan aku. Mana mungkin aku lepaskan detik2 bersejarah dalam hidup mereka ni and now I heard that Aida is pregnant, Congrats my dear Cikda! Kak Ema plak tgh gigih mengusya2 rumah untuk dia dan bakal suami tinggal nanti dan yang penting dorang nak stay dekat2 Shah Alam je. Great!

Me and Aini with Kak Ema


Aida a.k.a Cik Da


Rizal, CTK, Faeza, Me, Nora and Razif

Cukuplah aku cite hal2 ni dulu, nanti bile2 free (ntah bile le tu) aku buat entry lain. Btw, hari ni last day in Sya'aban dan malam ni malam pertama umat Islam menunaikan sembahyang sunat Terawih dan Witir. Walaupun sunat tapi pahala dan ganjarannya SANGAT lah besar dan HEBAT yang tiada di "offer" dalam bulan2 lain, itulah istimewanya Ramadhan. Yang penting, syaitan2 semua dipenjarakan sepanjang bulan ini, so pandai2lah kita mengawal nafsu.

Aku ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua yang membaca BLOG ESH ni. Salam Ramadhan Al- Mubaraq :)

Friday, March 19, 2010

RINDU PADA BLOG KU

Gambar Hiasan.

Salam kepada semua....wow, agaknye skang ni aku hanye update blog for every three month je kot?? huhu...bkn pe, jadual aku skang agak bz especially since transfer department baru yg mana waktu bekerjanya pun totally berbeza dari sebelum (4am~1pm) so aku mmg sgt menghargai masa yg terluang sekarang ni.

Itulah aku skang, keluar bekerja time org tgh syok lena dibuai mimpi2 indah...tp nak buat camne kan? dah nama pun mencari rezeki, buat masa ni aku terus dan bertahan je. Perkembangan lain? hmm...ape ye? oh ok, td aku dpt info ttg hari konvokesyen ijazah aku di UiTM jatuh pada 25hb Mei 2010 which is pada hari selasa, a day before birthday aku pada 26hb Mei...So I guess this year punya birthday ada keistimewaan sket compare thn2 sebelum ni...I hope for the best!

Cerita lagi pasal bulan Mei 2010 ni, banyak acara bakal berlangsung. On the 1st May nnt, Kak Ema my lovely sister bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya. Dia dah inform aku awal2 melalui sms last month. So aku mesti kena dtg ke majlis pertunangan dia nnt. Selain tu, best friend aku since sekolah menengah Aida Ali juga bakal mendirikan rumah tangganya pada penghujung Mei nnt. Wah, kalo disusun acara2 ni sume kire penuh gak la jadual aku dengan acara2 penting ni. Yang penting (tetap) aku kene pi shopping baju baru nnt, haha...i loike!~

Semoga semua yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan izin dari-Nya...amin. Sampai disini dulu untuk kali ni. Sekian.