Assalamualaikum....hari ni masuk hari ke dua umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan. Hari semalam berlalu dengan baik, cuma aku terasa panas dek kerana keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni. Kerja aku semalam ialah bermalas-malasan saje di rumah, online FB, tengok cite Alissa pastu sambung plak cite Thailand and then sambung sikit cite Melayu...sambil2 nonton tv aku bersms dengan ex-officemate, Jue. Bila dia tau yang aku dok layan cite2 ni, dia kata aku macam mak-mak plak, hahahahaha!!!
Tentang terawih plak, so far Alhamdulillah dua malam pertama ni aku buat jugak even 8 rakaat + 3 rakaat witir daripada aku tak buat langsung kan? Actually malam tadi aku tak berapa sedap badan, pening2 kepala berdenyut2 ngan gigi plak tengah tumbuh. Umur dah 27++ ni pun ade gak gigi yang baru nak tumbuh? huhuhu, rezeki Allah tu :)
Aku ingat hari ni nak pegi ke tailor hantar kain buat baju melayu. Kainnye aku dah beli kelmarin. Warnanya kali ini ialah mengikut warna bumi. Kita tunggu raya nanti ek, hihihihi! Mmmm, lupe nak cakap, mama skang ade kat rumah kampung jaga nenek since pembantu rumah nenek yang baru lom sampai lagi. Jadi kami terpaksalah menyiapkan sahur dan juadah berbuka sendiri, huhu...sedih!
Oklah, stop dulu kat sini. InsyaAllah ada masa nanti aku bukak entry baru. Ni aku tengah dok baring2 atas katil berselimut comforter bagai pasang aircond dan belum mandi lagi :P
Kepada pembaca BLOG ESH ni, aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh penghayatan erti puasa sebenar dan rebutlah segala ganjaran yang Allah tawarkan kepada kita sepanjang bulan yang mulia ini. Jumpa lagi :)
No comments:
Post a Comment