Tuesday, June 30, 2009

KONSERT EKSLUSIF "SATU"

Setelah 3 malam berturut-turut membuat persembahan solonya, kini Dato' Siti Nurhaliza dapat menarik nafas lega kerana berjaya dalam misinya pada tahun ini untuk membuat konsert di Istana Budaya dengan jayanya! Ramai yang memperkatakan tentang kejayaan konsert Dato' Siti Nurhaliza selama 3 malam ini dan sebagai peminat yang pergi sendiri menonton dengan mata kepala aku sendiri, memang aku akui akan kehebatan penyanyi nombor SATU negara kita.

*Candid time nak siap-siap masuk I.B.

Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza ini telah berlangsung di Istana Budaya selama 3 malam berturut-turut bermula dari 26 hingga 28 Jun 2009. Aku pergi berenam dengan PEET + AIZAT + MEGAT + HAIZAM + AIDIL. Kami tiba di I.B pada hampir jam 7 petang. Setibanya kami disana,terus masuk ke dalam untuk mengambil tiket yang telah ditempah dan dibayar oleh Megat. Then lepas dah settle bab tiket, kitorang gerak gi makan kat kafe dalam I.B tu. Sambil menunggu masa nak masuk ke Panggung Sari, kitorang sembang-sembang sambil cuci mata dulu ;)

*Seat masing-masing dalam Panggung Sari.

Tiba masa untuk masuk, kitorang terus ke tingkat atas since tiket yang kitorang beli tu yang paling murahkan..bukan tak mampu nak beli yang paling mahal cuma tidak mahu membazir tak tentu hala je, tak gitu kawan-kawan?? sebab ada mulut puaka cam hanjeng dok perli-perli harga tiket kitorang tu..perlu ke??? Kitorang beli tiket ni ade mintak duit ko ke? tidak kan?? So baik ko tutup mulut diam-diam dan duduk sajor di rumah tu sebab ko cakap banyak pun, bukan ko dapat pegi...sesswaiiilah ngan muke ko! Cakap banyak macam hebat sangat?!

*Banyak yer gambar "lagi sekali" ngan si Mel ni.

Baiklah, kembali ke cerita konsert Dato Siti semula setelah laluan iklan sebentar tadi..hehehe. Time kitorang sampai kat aras dua, nampaklah Datuk K dan rakan-rakan nya yang lain..wahhh, segak bergaya Datuk K ni eh. Dalam majalah or akhbar nampak cam NAN ADO tapi tengok live dia masih handsome segak bergaya ye..tak macam orang umur 50 tahun! :D

*Pameran beberapa baju yang dipakai oleh Dato' Siti untuk event-event tertentu.

Dato' Siti memulakan konsert malam keduanya dengan lagu-lagu balada diikuti dengan segmen lagu-lagu etnik kreatif penghargaan khusus dari Dato Siti buat pencipta lagu-lagu irama Malaysia terkenal iaitu Pak Ngah Suhaimi yang banyak membuat lagu untuk dimuatkan dalam album-album etnik kreatif Dato Siti dan juga untuk dinyanyikan oleh beliau menerusi kempen-kempen kerajaan Malaysia seperti "Kempen Berbudi Bahasa".

*Gaya Dato' Siti ketika menyampaikan lagu-lagu berentak etnik kreatif.

Persembahan konsert "SATU" diteruskan dengan alunan lagu-lagu oleh Dato' Siti yang menceritakan kisah perjalanan hidupnya sejak mula bergelar seorang penyanyi sehinggalah mengecapi pelbagai kejayaan kini. Dalam usaha beliau untuk mencapai kejayaan demi kejayaan yang diraih samada dari dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa, pelbagai cabaran dan dugaan yang beliau hadapi. Ini disampaikan menerusi pilihan lagu-lagu yang bersesuaian yang dapat menceritakan perasaan gembira, semangat, sedih dan marah. Aku masih lagi teringat kata-kata Dato Siti, "Orang selalu lihat Siti ketawa, walau apa pun dugaan yang mendatang Siti sebagai artis tak boleh nak marah..jadi perasaan marah Siti hanya dapat sampaikan menerusi lagu"..begitulah hakikat dan sikap Dato Siti Nurhaliza.

*Dato' Siti ketika opening.

Kehebatan vokal Dato' Siti memang aku akui hebat kerana walaupun penat menjalani latihan tanpa henti selama sebulan dan raptai penuh sebelum bermulanya konsert pada malam pertama, vokal beliau tetap konsisten dalam menyampaikan lagu-lagu dalam pelbagai irama itu. Aku memuji sebab aku sendiri dengar dan lihat persembahan Dato' Siti, bukan sebab aku peminat dia semata-mata ye tapi sebab kebenaran.

*Gaya kami pula di akhir konsert :p

Dalam orang memperkatakan tentang kejayaan konsert "SATU" ini, aku ingin meluahkan pendapat tentang beberapa kelemahan yang dapat aku saksikan sebagai penonton pada malam kedua itu.Antara kelemahan yang aku lihat ialah slot selingan yang ditampilkan ketika Dato' Siti menukar pakaian tu, rasanya tidak sesuai sebab macam aku tak bape nak faham apekah motifnya? Better panggil Mr. Os ngan Din Beramboi je yang buat lawak, at least orang boleh relax jap tak yah nak fikir beriyer-iyer..kannn? ntahla..ini just pandangan aku je.

*Aku + Megat

Antara kelemahan lain yang aku dapat lihat ialah pemilihan baju Dato' Siti. Adelah satu baju tu, blouse kolar BESAR okay warne coklat muda ada batu-batu (ntah ape ntah jenis batu tu) pakai dengan seluar...uhhhh,aku tengok tak elok yer dia pakai..bukan takat aku sorang je yang komen camtu..orang lain pun cakap benda yang sama. Sapelah yang design baju tu, tak kan tak bole designkan something yang lebih melets untuk Dato' Siti kot?? Dan Dato' Siti juga, inikan konsert anda maka anda berhak memilih! Di sekeliling anda terdapat ramai mereka yang hebat dalam bidang kecantikan ni, so tanyalah dorang! Kalo dah rasa tak cantik, tak yah le pakai..jadi bahan je Tok Ti oi..harap lepas ni Dato' Siti lebih berhati-hati dalam bab pakaian ni ye :)

*Aku + Peet

Pendapat yang aku luahkan ni bukanlah untuk menyakiti hati sesiapa, ini sekadar pendapat aku sebagai salah seorang dari mereka yang menonton secara live di I.B malam tu. Aku sedar aku bukanlah pandai mana pun dalam hal-hal hiburan ni tapi bab-bab basic cam pakaian artis tu bolehlaaa aku komen sket-sket :p

*Aku

Overall, aku puas hati dengan konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza. Berbaloi pergi, berbaloi bayar harga tiket, berbaloi bergambar, berbaloi beli baju baru (tetap) dan berbaloi pegi tengok ngan kawan-kawan! Hope lepas ni Dato' Siti dapat buat konsert lagi k?! Wish you all the best and always success in your career! Love You & Love Your Music too! Bye!


Sunday, June 28, 2009

GROUP WORK FOR MURAL

Hallu!!! Kali ni aku nak cite sket pasal kegiatan aku kat office.Hehehe..ade member-member office aku dah a few times tanya bila nak update cite pasal mural kat blog, ndak-ndak Kak Zack suke benor perli-perli aku dari belakang.Kak Zack ni dok blakang aku kat dalam office tu, dialah kawan gado aku, dialah kawan ngumpat aku, dialah kawan gelak aku time bosan-bosan...kan Kak Zack kannnn??? :D

*sume orang wat keje, si ise main hp???
haishhh!!!

*Kak Zack yang aku cite td tu yang duduk pakai tudung putih n pakai kot hitam, yang tangan tengah cam tengah menerangkan sesuatu tu.


Oklah, kat department aku ada pertandingan mural. Ini masuk kali yang kedua mural untuk setiap section dinilai oleh bos-bos kat situ. Kriteria yang dinilai untuk pemarkahan termasuklah kerjasama di kalangan ahli kumpulan, barang-barang yang digunakan untuk menyiapkan mural mengikut konsep "selamatkan bumi" which mean kami harus menggunakan barang-barang yang dikitar semula.

Best buat group work sama-sama ni!


*Bibah (sweater kuning) bersungguh gunting kad jemputan kawin yang dah "expired" tu


So pada 23hb Jun lepas, kitorang sama-sama membuat mural tu. Memandangkan ahli kumpulan dalam group aku berlatar belakangkan pendidikan akedemik yang berbeza dan ada yang amik arts so kami menyerahkan kepada mereka untuk men"design"kan mural tu, kami tolong bagi idea and kerja-kerja lain ;)

*korang jangan kata aku poyo lak eh sebab beriyer-iyer pakai lilit-lilit bagai, meeting room memang bilik paling sejuk kat department aku tu okay!

*belakang kiri : jue + ise + ayu + me
*duduk kiri : izah + kak pah + kak mas


*berdiri kiri : afdhal + jue + ise + me + pe'e + tokwan.
*duduk kiri : tuan noraini + bibah + niza

Sama-samalah kita tunggu keputusan yang bakal diumumkan pada awal Julai nanti yer. Hope sangat group aku ni menang 1st place! aminnnnn....

p/s : mata dah naik ngantok sebab banyak makan pulut + kuah durian, mama masak tadi...sedap woooo!!!! esok lah pulak aku update cite pasal konsert SATU Dato Siti Nurhaliza, kemantapan vokal nya memang tidak pelu dipertikaikan lagi!

Tuesday, June 23, 2009

AN EVENING WITH...

Ahad lalu selepas aku attend wedding Haryani, si Aizat a.k.a Mel ajak aku kuar lepak. Aku ok je sebab memang takde pape plan pun petang ahad tu. Then lepas wedding, aku balik umah mandi and salin baju terus gerak gi umah Peet a.k.a Mok-Mok..janji pukul 3.30pm tp time aku sampai, sape pun takde lagik (sekali lagi aku yang awal)

Bila sume dah ade, Mel tanyelah nak lepak mane? Mok-mok suggest lepak umah banod, tapi si Mel jawab dia lom makan maka dia suggest kitorang lepak kat Sunway Pyramid je. Aku tak kisahla, sebab hari tu aku feeling2 bos duduk belakang (yelah,b4 this asyik aku je yang drive kan?) Tapi memula aku ade cakap yang aku tak nak masuk shopping complex dah,nanti confirm kuar duit banyak..lagipun dah ujung-ujung bulan ni so faham-faham jelah kannn?!

And so kami ikut jelah driver ke tempat yang dia nak pegi tu. Dah selesai dapat parking, kitorang ke arah lif tapi aku cam pelik nape pintu kaca tu tak bukak. Last-last ada one indian guy ni suruh aku ketuk pintu tu, macam kita ketuk pintu umah...hahahaha!!! Alat pengimbas dia dah rosak rupenyer (alat pengimbas nih...very the bahasa melayu sangat)






Then kitorang terus ke restoran Deli Nasi Lemak, Peet yang suggest makan kat situ (peet + makanan = sangat serasi bersama) *jgn marah moy :p
Aizat and Peet order nasi lemak + lauk pilihan masing-masing, aku lak hanya makan kuih popia + telur 1/2 masak dan teh tarik..kenyang lagi sebab baru balik dari wedding,huhuhu!




Bagi diri aku, dah lama rasanya tidak keluar bersantai dengan Peet & Aizat ni since last month aku teramat sibuk menyiapkan thesis aku...best dapat hang out gelak-gelak sembang-sembang, gosip-gosip (lelaki pun pandai bergosip juga tau, ini mengikut fakta dan kajian)



Macam-macamlah yang kitorang sembangkan, gelak tu tak yah cite lah..tibe bab-bab yang lawak tu rase cam nak pecah perut gelak. Sedikit sebanyak dapatlah me"release" tension dan penat bekerja.


Lepas dah puas lepak, kitorang jalan-jalan then si Aizat ajak pegi TOPMAN. Hmm..aku pe lagi, jalan di hadapan yer macam pemandu pelancong sebab aku memang suke pakaian kat TOPMAN. Dah masuk dalam kedai tu, kitorang belek-belek lah baju yang ade. Memula aku takdelah plan nak beli pun tapi... (tetap ade tapi) ade saju kemeja ni aku cam berkenan lak ngan kaler nyer..plak tu saiz aku (XS okay!) Si Mel pun berkenan gak ngan satu kaler lagi,kitorang sebatlah pi fitting room.

Dalam fitting room, baju yang aku try tu nampak sesuai dengan aku sedang-sedang elok kate orang ditambah plak dengan "penyedap rasa" dari dorang berdua aku pun bertekad (bertekad nih!) beli je baju tu, cadangnya nak dipakai time pegi nonton Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada hari sabtu ni. Mel pun beli gak baju yang dia dah berkenan tu, cuma tak dapat amik sama saiz macam aku, kena one saiz bigger..hehehe!!!


Time ni aku tengah isi borang kad keahlian TOPMAN (baru nak dapat walaupun....) ahahahaha!!!

Selepas dah puas dapat apa yang diidamkan, kami pun berangkat pulang ke Shah Alam lagipun dah senja and esoknyer nak keje..mood cam tak bape best dah. Pape pun aku enjoy kuar dengan Aizat and Peet..nanti kite kuar lagi k? next time jangan lupa ajak Banod, kesian kat dia :)







Daaa!~~~

Sunday, June 21, 2009

HARYANI'S WEDDING



Haryani is my one of my very old friend. I knew her since we were in kindergarten, Tadika Sayangku. Kitorang dah berkawan dari tadika, sekolah rendah and sekolah menengah in the same school and one thing is her mother is my favourite teacher, Puan Norhayati Bakri. Cikgu Hayati ajar aku since form two until form five.

Hari ni, Haryani dah jadi milik seorang lelaki yang dia cintai. Bertempat di Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam berlangsunglah majlis persandingan kedua mempelai. Dengan bertemakan gabungan warna merah jambu muda dan ungu, sangat serasi pakaian yang dikenakan oleh kedua pengantin serta ahli keluarga.

And aku secara kebetulan mengenakan baju melayu warna merah jambu dan sampin ungu gelap kelihatan seperti one of family members plak. Actually aku takde lah plan nak ikut tema, saje jelah pakai baju melayu ni..yerlah dari dok bergantung je dalam almari tu kan better aku pakai time majlis-majlis macam ni,betol tak? ahahaha...

Aku plan dengan my best friend, Zatil untuk pegi skali ke majlis Haryani ni. As we plan, dalam jam 1 suku macam tu kitorang tiba di Laman Budaya. Aku tengok dari jauh dah ade kaler pink & purple ni,ahahaha..aku pakai ikut tema ler! okay what! :D

Sampai je kat dalam, jumpe dulu mak ayah pengantin a.k.a cikgu favourite aku. Then nampak Fida dengan parent dia..lama tol tak jumpe fida ni, she's also one of my old friend since primary schol lagi until diploma di UiTM Shah Alam..tak silap aku last time jumpe Fida time her sis wedding and it was 2 years ago...uhhh, lama dah kan? And one thing new about Fida is dia dah bertudung skang, Alhamdulillah :)

Ok, back to the story..aku and Zatil amik makanan and makan kat meja area pelamin senang sket nak tengok pengantin nanti ;) Tengah-tengah makan tu datanglah member-member lama aku yang sesungguhnya sudah lama tidak ketemu dorang..rindu!!! Sempatlah sembang-sembang and gelak-gelak walaupun tak puas sebab aku tak leh stay situ lama. Ramai yang tanye aku "ash, dah kahwin ke?" "Jari dah berinai tu, tak jemput pun!" Ahahahhahahaha...aiyaaakkkk!!! Recently aku ada pakai inai Mekah yang dalam tiub tu, my auntie bagi so aku sajelah pakai..hukumnya kan sunat. Then pakai lak baju melayu, jumpe lak member-member lama haruslah semua bertanya kannnnn?! Sesswaiiilah ngan muke aku! :p




Kalo aku kahwin nanti, aku jemput nyer member-member lama ni. Aku bukan jenis lupa kawan yer. Sapa yang ingat kat aku, maka aku ingat jugalah kat mereka. Oklah, aku ucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada my friend, Norharyani Hamid dan pasangan beliau Fazli. Semoga korang bahagia melayari bahtera alam perkahwinan sehingga ke akhir hayat, aminnnn...


Wednesday, June 17, 2009

RICO'S 27th BIRTHDAY PARTY AND HOUSE WARMING

Last week, aku dapat sms dari rico invite ke birthday party @ his new house located in Segambut Dalam pada 13th June 2009 on 8pm. So tiba harinya, aku ajaklah peet mok-mok temankan ke birthday party rico, kebetulan si zul pun ade so dia join skali.

Aku plan nak gerak dari umah kul 7pm then masa nak gerak dari umah tu aku sms lah si mok-mok ni suruh turun sebab aku dah inform yang kitorang nak gerak jam 7pm, ntah cam mane ntah aritu aku agak punctual..selalunya mesti aku lewat sket.

Then dah sampai kat guard bawah umah mok-mok ni, aku sms lagi suruh cepat tapi cam pelik lak dia tak reply apa-apa..hmm, ini petanda yang dia tak check hp maka aku ni yg dah lama menunggu kat bawah tu terus call dia..rupa-rupanya si peet & zul ni tengah dok bersiap..hai,sabor jelah aku!

Pas dah dorang masuk kete, kitorang terus gerak ke umah rico..actually non of us pernah sampai ke area segambut dalam ni so aku drive jelah ikut direction and at last sampai juga ke tempat yang dituju, alhamdulillah tidak sesat cam ziela *hikhikhik! :p














Rupa-rupanya kitorang antara yang terawal tiba di umah rico pada jam 8 suku macam tu..rico sambut and entertain kitorang sementara menunggu tetamu yang lain sampai. Kata rico, rumah tu dia baru pindah dalam 2 minggu lepas..tapi aku tengok rumah dia memang meletop, itu pun belom sempat decor abis-abis lagi..rumah luas giler, corner lot plak tu..owner rumah tu Datuk.















By the time member-member yang lain sampai, kitorang makan lah dulu sambil chit-chat gossip-gossip sume..itu dah memang acara wajib kalo dah ramai-ramai berkumpul. Dapat kenal dengan kawan-kawan baru lagi...hihihi!















Acara kemuncak birthday boy meniup lilin berlangsung pada jam 11pm..time roger (housemate rico) bawak keluar cake tu, semua gelak besar terkejut and for me it was my first time tengok bentuk cake yang di buat menyerupai bahagian *tutttttt!!! OMG!!!!!! So hape lagi, meriahlah kan si rico meniup lilin & pose bagai ngan cake tu *aiyaakkkkk!

Overall, birthday party a.k.a house warming rico & roger was really happening...thanks sebab invite me and my friends. Next year jemputlah lagi yer ;)

So rico, Happy Belated 27th Birthday. Wish you much happiness and always successful in your life...daa!!! :D


Wednesday, June 10, 2009

CPU "sakit"

Uhh..dah almost a week aku pinjam laptop adik aku sebab cpu aku rosak. Nasib baik skang ni adik aku tengah praktikal kat pejabat pos shah alam, so jadual keje kitorang tak sama..bila aku keje petang maka dapatlah aku online guna laptop dia sebelah pagi till tengah hari before aku gerak pegi keje and if aku keje pagi maka dapatlah aku guna laptop dia dari jam 4 pm till 9 pm macamtu sebab adik aku ni pas abis office hours dia gi lepak ngan member-member dia dulu, maghrib kang baru sampai umah.

Actually cpu aku ni dah lama "sakit" but aku tak dapat nak anta kedai repair since before this aku teramat sangatlah busy menyiapkan thesis, kalo aku anta time nak siapkan thesis tu alamatnyer memang tak sempatlah nak anta on due date. Skang aku dah siap and dah anta thesis tu, so tidaklah memerlukan aku menggunakan pc pada kadar "wajib" and aku dah mintak tolong kawan adik aku yang pandai bab-bab pc ni tolong formatkan balik cpu aku tu.

Harap-harap cpu aku ni "sembuh" lah dari penyakit yang dialaminya skang. Kalo kena tukar apa-apa komponen dalaman ni nanti, alamatnye kena mintak sponsor dari ayah aku ler..huhuhu!
Bulan ni aku kena banyak menyimpan sebab ujung bulan ni nak pegi nonton konsert "SATU" dari Datuk Siti Nurhaliza and pada 2 July depan nak gi nonton konsert "LELAKI INI" dari ANUAR ZAIN di Istana Budaya, Kuala Lumpur (both of them are my favourite malaysian's singers)

Oklah..we'll wait and see pada hujung minggu ni apakah perkembangan cpu aku, adakah cpu aku akan kembali pulih ataupun perlu di "operate" ataupun perlu digantikan dengan cpu yang baru? Harap-harap tidaklah sampai memerlukan aku spend RM yang banyak untuk dapatkan semula cpu ni,uhuk~uhuk! Till here for now, daaa!~~~

Tuesday, June 2, 2009

Majlis Kesyukuran & Hari Lahir

Pada 16 Mei yang lepas telah berlangsung majlis kesyukuran dan sambutan hari lahir Peet (10 April) + Aku (26 May) + Aizat (1 June) + Zugor (4 June) . At 1st kitorang plan nak buat birthday party kat karaoke,Quality Hotel Shah Alam but it seem like ke semua kami busy dengan kerjaya masing-masing and tak dapat nak discuss pasal birthday party tu plus masa dah agak suntuk, so one night pas aku balik keje gi lepak dengan peet + zugor kat mamak sec9.

Dah alang-alang jumpe tu, kitorang pun bukaklaa cite pasal hal ni. Tetibe peet suggest, "pe kata kita tukar tema dari birthday party ke kenduri kesyukuran?" Aku pun ape lagi,sokong sangat-sangatlah sebab time balik keje dalam kete sambil-sambil drive tu ade gak terpikir untuk tukar tema buat yang mcm peet suggest tu..memandangkan dah ada orang bersuara,discuss punye discuss aku + zugor pun setuju lah dengan cadangan peet tu.

Maka kami berempat pun merancanglah untuk mengadakan majlis tersebut,bermulalah dari senarai jemputan, tempat, menu dan lain-lain lagi. Berkonsepkan kenduri ala-ala kampung pada awalnya, nak merasa makan duduk bersila ramai-ramai disamping menu masakan kampung. Tapi tak menjadi sangat sebab tuan rumah ada menyediakan meja dan kerusi di laman rumah.Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yg kami rancang,begitulah kejadian Tuhan kalau nawaitu kita baik,maka Allah permudahkan segala urusan perkerjaan kita :)

Majlis bermula dengan solat zohor berjemaah..time nak solat tu,ayah aku suruh one of us azan.Hahahaha...korang bayangkanlah camne kami bertolak-tolak time tu,si peet ngan aizat memang suka melahakan aku..dorang bleh cakap,"Esh,ko tuan rumah so ko lah azan...aku iqamat je" Pastu ade plak suara2 yang cakap,"Esh,ko yang tua kat sini ko jelah azan" Haiyooo,statement masing-masing nak mengelat!!!! Hanj sangat kan?! Guests yang lain pakat gelak jelah tengok kitorang berempat...last-last zugor jadi penyelamat,yang muda jugak yang pegi azan..hihihi! Al-hamdulillah!

Pas solat, aku beri ucapan sket untuk menyatakan tujuan majlis bacaan yassin dan doa selamat diadakan pada petang tu. By the time bacaan yassin berlangsung,member-member lain sampai untuk turut serta dalam majlis tu.

Sebelum aku melabuhkan tirai untuk edisi pertama blog aku ni, aku ucapkan ribuan terima kasih for those yang dapat datang ke majlis kami hari tu dan juga yang menyampaikan birthday wish pada hari lahir aku yang ke-26 tahun ni. Thanks a lot guys!

So guys, layanlah gambar-gambar kat bawah ni k! ;)