Tuesday, June 30, 2009

KONSERT EKSLUSIF "SATU"

Setelah 3 malam berturut-turut membuat persembahan solonya, kini Dato' Siti Nurhaliza dapat menarik nafas lega kerana berjaya dalam misinya pada tahun ini untuk membuat konsert di Istana Budaya dengan jayanya! Ramai yang memperkatakan tentang kejayaan konsert Dato' Siti Nurhaliza selama 3 malam ini dan sebagai peminat yang pergi sendiri menonton dengan mata kepala aku sendiri, memang aku akui akan kehebatan penyanyi nombor SATU negara kita.

*Candid time nak siap-siap masuk I.B.

Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza ini telah berlangsung di Istana Budaya selama 3 malam berturut-turut bermula dari 26 hingga 28 Jun 2009. Aku pergi berenam dengan PEET + AIZAT + MEGAT + HAIZAM + AIDIL. Kami tiba di I.B pada hampir jam 7 petang. Setibanya kami disana,terus masuk ke dalam untuk mengambil tiket yang telah ditempah dan dibayar oleh Megat. Then lepas dah settle bab tiket, kitorang gerak gi makan kat kafe dalam I.B tu. Sambil menunggu masa nak masuk ke Panggung Sari, kitorang sembang-sembang sambil cuci mata dulu ;)

*Seat masing-masing dalam Panggung Sari.

Tiba masa untuk masuk, kitorang terus ke tingkat atas since tiket yang kitorang beli tu yang paling murahkan..bukan tak mampu nak beli yang paling mahal cuma tidak mahu membazir tak tentu hala je, tak gitu kawan-kawan?? sebab ada mulut puaka cam hanjeng dok perli-perli harga tiket kitorang tu..perlu ke??? Kitorang beli tiket ni ade mintak duit ko ke? tidak kan?? So baik ko tutup mulut diam-diam dan duduk sajor di rumah tu sebab ko cakap banyak pun, bukan ko dapat pegi...sesswaiiilah ngan muke ko! Cakap banyak macam hebat sangat?!

*Banyak yer gambar "lagi sekali" ngan si Mel ni.

Baiklah, kembali ke cerita konsert Dato Siti semula setelah laluan iklan sebentar tadi..hehehe. Time kitorang sampai kat aras dua, nampaklah Datuk K dan rakan-rakan nya yang lain..wahhh, segak bergaya Datuk K ni eh. Dalam majalah or akhbar nampak cam NAN ADO tapi tengok live dia masih handsome segak bergaya ye..tak macam orang umur 50 tahun! :D

*Pameran beberapa baju yang dipakai oleh Dato' Siti untuk event-event tertentu.

Dato' Siti memulakan konsert malam keduanya dengan lagu-lagu balada diikuti dengan segmen lagu-lagu etnik kreatif penghargaan khusus dari Dato Siti buat pencipta lagu-lagu irama Malaysia terkenal iaitu Pak Ngah Suhaimi yang banyak membuat lagu untuk dimuatkan dalam album-album etnik kreatif Dato Siti dan juga untuk dinyanyikan oleh beliau menerusi kempen-kempen kerajaan Malaysia seperti "Kempen Berbudi Bahasa".

*Gaya Dato' Siti ketika menyampaikan lagu-lagu berentak etnik kreatif.

Persembahan konsert "SATU" diteruskan dengan alunan lagu-lagu oleh Dato' Siti yang menceritakan kisah perjalanan hidupnya sejak mula bergelar seorang penyanyi sehinggalah mengecapi pelbagai kejayaan kini. Dalam usaha beliau untuk mencapai kejayaan demi kejayaan yang diraih samada dari dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa, pelbagai cabaran dan dugaan yang beliau hadapi. Ini disampaikan menerusi pilihan lagu-lagu yang bersesuaian yang dapat menceritakan perasaan gembira, semangat, sedih dan marah. Aku masih lagi teringat kata-kata Dato Siti, "Orang selalu lihat Siti ketawa, walau apa pun dugaan yang mendatang Siti sebagai artis tak boleh nak marah..jadi perasaan marah Siti hanya dapat sampaikan menerusi lagu"..begitulah hakikat dan sikap Dato Siti Nurhaliza.

*Dato' Siti ketika opening.

Kehebatan vokal Dato' Siti memang aku akui hebat kerana walaupun penat menjalani latihan tanpa henti selama sebulan dan raptai penuh sebelum bermulanya konsert pada malam pertama, vokal beliau tetap konsisten dalam menyampaikan lagu-lagu dalam pelbagai irama itu. Aku memuji sebab aku sendiri dengar dan lihat persembahan Dato' Siti, bukan sebab aku peminat dia semata-mata ye tapi sebab kebenaran.

*Gaya kami pula di akhir konsert :p

Dalam orang memperkatakan tentang kejayaan konsert "SATU" ini, aku ingin meluahkan pendapat tentang beberapa kelemahan yang dapat aku saksikan sebagai penonton pada malam kedua itu.Antara kelemahan yang aku lihat ialah slot selingan yang ditampilkan ketika Dato' Siti menukar pakaian tu, rasanya tidak sesuai sebab macam aku tak bape nak faham apekah motifnya? Better panggil Mr. Os ngan Din Beramboi je yang buat lawak, at least orang boleh relax jap tak yah nak fikir beriyer-iyer..kannn? ntahla..ini just pandangan aku je.

*Aku + Megat

Antara kelemahan lain yang aku dapat lihat ialah pemilihan baju Dato' Siti. Adelah satu baju tu, blouse kolar BESAR okay warne coklat muda ada batu-batu (ntah ape ntah jenis batu tu) pakai dengan seluar...uhhhh,aku tengok tak elok yer dia pakai..bukan takat aku sorang je yang komen camtu..orang lain pun cakap benda yang sama. Sapelah yang design baju tu, tak kan tak bole designkan something yang lebih melets untuk Dato' Siti kot?? Dan Dato' Siti juga, inikan konsert anda maka anda berhak memilih! Di sekeliling anda terdapat ramai mereka yang hebat dalam bidang kecantikan ni, so tanyalah dorang! Kalo dah rasa tak cantik, tak yah le pakai..jadi bahan je Tok Ti oi..harap lepas ni Dato' Siti lebih berhati-hati dalam bab pakaian ni ye :)

*Aku + Peet

Pendapat yang aku luahkan ni bukanlah untuk menyakiti hati sesiapa, ini sekadar pendapat aku sebagai salah seorang dari mereka yang menonton secara live di I.B malam tu. Aku sedar aku bukanlah pandai mana pun dalam hal-hal hiburan ni tapi bab-bab basic cam pakaian artis tu bolehlaaa aku komen sket-sket :p

*Aku

Overall, aku puas hati dengan konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza. Berbaloi pergi, berbaloi bayar harga tiket, berbaloi bergambar, berbaloi beli baju baru (tetap) dan berbaloi pegi tengok ngan kawan-kawan! Hope lepas ni Dato' Siti dapat buat konsert lagi k?! Wish you all the best and always success in your career! Love You & Love Your Music too! Bye!


2 comments:

  1. waa laju je cerita ni tersebar kannnn...komen ko memang tepat sekali pasal baju tuh..aku dgn peet gelak2 tahap gaban pasal kolar baju coklat tuh. dari dulu lagi, mek et memang ada problem dengan baju2 dia..aku pun xtau nape..tetap nampak kekampungannya walaaauupun dah lama dok kay-el kan. papepun vokal dia tetap mantap..yg penting it was a greaaattt nittee n i'm already missed it ;)

    ReplyDelete
  2. hahaha..korang berdua memang sesuai gosip2 dua beradik sama2!

    ReplyDelete