Wednesday, January 23, 2013

DADDY TO BE! :)

Syukur saya ke hadrat Illahi kerana telah memakbulkan doa kami suami isteri untuk dikurniakan zuriat. Alhamdulillah, hari ini usia kandungan telah pun masuk 7 minggu 1 hari.

Perkara normal berlaku kepada kebanyakkan ibu mengandung, begitu juga halnya dengan Aini, isteri saya. Setiap hari pasti akan muntah-muntah. Apa saja yang dimakan akan keluar semula kecuali bubur nasi. Hehe. Dan satu favourite dia sekarang ialah ais-krim vanila. Makanan yang dia suka sebelum ni terus jadi tak suka dan makanan yang dia tak suka pula bertukar menjadi suka. Itulah perihal si ibu mengandung.

Saya pula?? Minor morning sickness, boleh gitu? Angin kemain banyak lagi. Hari-hari without failed mesti loya-loya tapi tak muntah pun. Yang keluarnya angin je. Kadang tu penat jugak. Takpelah baby, daddy terima je apa alahan sekarang ni asalkan baby sihat dalam perut ibu mu.

No comments:

Post a Comment